Friday, 22 March 2013

Kerana Dirimu Begitu Berharga


Assalamualaikum :)

Berjumpa lagi yer kita di laman ini setelah sekian lama menyepikan diri. Diri ini TERsangat sibuk sejak dua menjak ini. huhuhu. Ok, back to my post title "Kerana Dirimu Begitu Berharga". Actually, baru-baru ni * tak la baru sangat* my club association, PEERS ada buat satu program yang bertajuk  "Kerana Dirimu Begitu Berharga bersama Amin Idris dan  Heliza Helmi".  the truth is we are very special. So, appreciate your self :) . Ok la, dah banyak sangat aku berceloteh. Jom layang layan gambar :)


banner :)


antara mahasiswa/i yang hadir


gimik perasmian :)






sesi forum "Kerana Dirimu Begitu Berharga" bermula










barisan ahli jawatankuasa Kelab PEERS 
.
.
.
.

sekian sahaja entry kali ini. 
thank you for reading :))

p/s : next week dah final exam, wish me luck dearies :)


Saturday, 8 December 2012

MDS- Minggu Destini Siswa


Assalamualaikum ^^

Helo helo....korang sume sehat?? aku xsehat cikit.. huhuhuhu.. Dah lame jugak kan aku x update blog ni. Lately ni aku busy cikit sebab aku baru jer masuk semester baru. So,banyak benda la yang kena settle kan. Oh ye,mesti ramai antara korang yang x tahu kan aku jadi PM.. PM??? Perdana Menteri ker ati?? Eh2,xla...PM tu Peer Mentor. PM ni ialah orang yang tolong universiti untuk handle intake baru masuk.. So,aku la orang tu.heeeee.. Sebelom aku dapat title ni,aku kene attend kursus selama 2h 3m kat Damai Beach Resort,Besut Terengganu.. Abis jer kursus,kiteorang akan dibahagikan tugas untuk menjaga student baru selama 7 hari.. Lama siottt....huhuhuhu.. Aku ditugaskan sebagai Biro Kesihatan dan Kebajikan. Means aku kena jaga student yang sakit,bawak dorang pegi hospital.. Bak kata lain,aku ni Nurse MDS :) Oh ye,lupa nak bagitaw MDS stand for Minggu Destini Siswa. Yang selalu orang cakap minggu kena buli dengan senior... huhuhuhu.. Mana ada buli la.. Bila aku jadi PM, aku baru dapat rasa apa yang PM dulu-dulu rasa time dorang jaga aku time MDS dulu. Penat weiiii..Tido xcukup.. tapi kan ,sumpah aku cakap penat tapi seronok. Macam-macam karenah yang aku jumpa bila aku jadi PM ni. Tambah-tambah lagi bila jadi Biro Kesihatan ni. Pagi2 lagi kena bangun jaga budak sakit. Time tu aku belajar erti kesabaran. Dikejutkan pukul 4pagi sebab ada budak sakit. Angkat budak pengsan la.. Ermm,aku rasa setakat tu jer la aku citer pasal MDS ni. Korang pun mesti dah bosan baca cerita aku ni,huhuhuhu --' Ok,
Jom layan gambar  :)



just call me ' PM Atie'



me with PM Siti sebagai Biro Disiplin :)



With PM Farah :) Sama biro dgn aku








We're  PM's Family :)



 Peaceee ^^
.
.
.
.
.
.
.
.
 
sekian sahaja entry aku ..
thanks for your reading :))


Sunday, 18 November 2012

A Day with Besties


Assalamualaikum ^_^

  Hai korang.. sehat sume?? Semalam adalah hari yang paling best bagi aku. Sebab semalam aku hangout with my besties. Mek Na a.k.a Lina datang rumah Liza,nak tengok baby. So,disebabkan rumah aku dgn rumah liza dekat dan aku pom tumpang la sekaki. hehehe.. Lagipun sebelom ni memang dah janji dgn Mek Na nk bawak g pantai kalau dia datang cni. So,janji haruslah ditunaikan. Lepas jer tengok baby, we all pom terus pegi pantai. Dekat jer pantai dengan rumah aku dan liza. Tak sampai 15 minit jer dah sampai. Mek Na bukan mai suke lagi dapat pegi pantai. Tu belom tengok lagi muka excited Zira. Kalau zira ada,lagi best. Dia tu memang giler kan pantai.hahahaha. Aku ni xsuke sangat pegi pantai. Maybe sebab dah selalu kot tengok pantai. So,x excited sgt la.. huhuhu. Ok la,malas sudah nak berceloteh panjang2 ni. Layan gambar jer la k :)


tengah tulis apa tu?? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tararrrrrrr !!!!
NA..TI..ZA..


sepatutnya Na.Ti.Za.Ra (Ra tu Zira,dia xdtg)






aku dan Liza


 aku dan Lina











ni la Zira yang aku cakap tu. :)
.
.
.
.

Sekian sahaja entry aku kali ini..
Thank you for reading this entry :)


p/s: esok kene balik UiTM dah.. huhuhuhu..

Thursday, 15 November 2012

Happy Birthday !!


Assalamualaikum ^_^

Hari ni cukup istimewa.. Fisrt, hari ni ialah 1 Muharam dan juga hari lahir adik aku yang bongsu Nurul Inani  a.k.a Adik yang ke-13 tahun. Omo omo,dah besar ye ko budak kecikkk.. Dulu aku ingat lagi masa dia baby dulu. Dia montel sangat2.. Putih macam anak orang cina. Dan aku rasa la kan, dia lah yang paling comel diantara kami adik beradik. hhuhuhu.. *terpaksa nyatakan hakikat yg sebenarnye* . 

Adik, xsangka kan adik yang dulu gemuk,montel dan comel dah besar dan menjadi seorang pelajar yang sangat pandai. *memuji xikhlas heeeee * , seorang gadis yang sangat cantik dan comel. Kalau korang nak tahu,adik ni seorang yang hot temper gak la. Tapi dalam hot temper dia tu,budak ni lemah lembut gak orang nye. She's very famous in her school ok. Ramai la jugak budak laki nak tackle dia. Tapi semua xdapat coz adik aku ni jenis yang garang2 manja cikit.. kakhakahka.. *Mampos aku kalau dia baca entry nih*. 

And for ur information, dia ni kan anak kesayangan abah aku. Mentang2 la sekolah dia tu boleh tahan dekat la jugak *MRSM Besut jer kot*, every week call cakap nak balik umah. Abah aku ni pulak jenis melayan jer. Maklumla kan,anak bongsu. Tapi kalau umi aku, hermmm jangan harap. Bila adik call cakap tertinggal benda ker kat umah,sanggup dia p anta kat sekolah even time tu dah  malam. See... Hurmmm,aku xjelez pom.. Aku paham perangai anak bongsu nih *dalam hati siapa tahu * hahahaha.. 


.
.
.
.

 Adik,
jadilah seorang hamba yang taat kepada perintahNya,
~ jadilah seorang anak yang patuh kepada ibubapa,
~ jadilah seorang adik yang disayangi oleh adik beradiknya,
~ jadilah seorang kawan yang boleh menjadi pembimbing kawannya,
~ jadilah seorang pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang,
~ dan jadilah seorang wanita yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan duniawi
.
.
.
.
.

Akhir kata dari kak atie, 
:: Selamat hari lahir. 
:: Semoga diberkati oleh Allah S.W.T
:: Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
:: Semoga berjaya di dunia dan di akhirat

Amin...
sayang adik ketat-ketat 

thank you for reading this entry :)

Wednesday, 14 November 2012

Muhasabah Maal Hijrah


Assalamualaikum ^_^

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

............
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....



thank you for reading..
Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia :)

ihsan dari artikel iluvislam

Tuesday, 13 November 2012

Happy Deepavali


Assalamualaikum ^_^

Hai u olz..Ape kabo sume? harap sehat2 blake.. hehehe.. adik2 sekalian xpegi mana2 ke cuti sekolah ni? p la ajk family makan hangin * eh2,cilap pulak* ..angin. Time2 ni la korang nak spent time dengan family korang. :) Akak xpegi mana2 pom cuti ni coz umi dan abah keje. sadis sungguh ! :( *aceh2,tibe2 jer akak*  hehehhe..ok la,back to our title today. Disebabkan kite ni Satu Malaysia dan hari ni hari Deepavali,so aku nak wish Happy Deepavali to all who celebrate. May the festival of Lights brighten up your lives with joy,happiness & peace !



credit pic: abg google

thank you for reading :) 
have a nice holiday