Saturday, 8 December 2012

MDS- Minggu Destini Siswa


Assalamualaikum ^^

Helo helo....korang sume sehat?? aku xsehat cikit.. huhuhuhu.. Dah lame jugak kan aku x update blog ni. Lately ni aku busy cikit sebab aku baru jer masuk semester baru. So,banyak benda la yang kena settle kan. Oh ye,mesti ramai antara korang yang x tahu kan aku jadi PM.. PM??? Perdana Menteri ker ati?? Eh2,xla...PM tu Peer Mentor. PM ni ialah orang yang tolong universiti untuk handle intake baru masuk.. So,aku la orang tu.heeeee.. Sebelom aku dapat title ni,aku kene attend kursus selama 2h 3m kat Damai Beach Resort,Besut Terengganu.. Abis jer kursus,kiteorang akan dibahagikan tugas untuk menjaga student baru selama 7 hari.. Lama siottt....huhuhuhu.. Aku ditugaskan sebagai Biro Kesihatan dan Kebajikan. Means aku kena jaga student yang sakit,bawak dorang pegi hospital.. Bak kata lain,aku ni Nurse MDS :) Oh ye,lupa nak bagitaw MDS stand for Minggu Destini Siswa. Yang selalu orang cakap minggu kena buli dengan senior... huhuhuhu.. Mana ada buli la.. Bila aku jadi PM, aku baru dapat rasa apa yang PM dulu-dulu rasa time dorang jaga aku time MDS dulu. Penat weiiii..Tido xcukup.. tapi kan ,sumpah aku cakap penat tapi seronok. Macam-macam karenah yang aku jumpa bila aku jadi PM ni. Tambah-tambah lagi bila jadi Biro Kesihatan ni. Pagi2 lagi kena bangun jaga budak sakit. Time tu aku belajar erti kesabaran. Dikejutkan pukul 4pagi sebab ada budak sakit. Angkat budak pengsan la.. Ermm,aku rasa setakat tu jer la aku citer pasal MDS ni. Korang pun mesti dah bosan baca cerita aku ni,huhuhuhu --' Ok,
Jom layan gambar  :)



just call me ' PM Atie'



me with PM Siti sebagai Biro Disiplin :)



With PM Farah :) Sama biro dgn aku








We're  PM's Family :)



 Peaceee ^^
.
.
.
.
.
.
.
.
 
sekian sahaja entry aku ..
thanks for your reading :))


Sunday, 18 November 2012

A Day with Besties


Assalamualaikum ^_^

  Hai korang.. sehat sume?? Semalam adalah hari yang paling best bagi aku. Sebab semalam aku hangout with my besties. Mek Na a.k.a Lina datang rumah Liza,nak tengok baby. So,disebabkan rumah aku dgn rumah liza dekat dan aku pom tumpang la sekaki. hehehe.. Lagipun sebelom ni memang dah janji dgn Mek Na nk bawak g pantai kalau dia datang cni. So,janji haruslah ditunaikan. Lepas jer tengok baby, we all pom terus pegi pantai. Dekat jer pantai dengan rumah aku dan liza. Tak sampai 15 minit jer dah sampai. Mek Na bukan mai suke lagi dapat pegi pantai. Tu belom tengok lagi muka excited Zira. Kalau zira ada,lagi best. Dia tu memang giler kan pantai.hahahaha. Aku ni xsuke sangat pegi pantai. Maybe sebab dah selalu kot tengok pantai. So,x excited sgt la.. huhuhu. Ok la,malas sudah nak berceloteh panjang2 ni. Layan gambar jer la k :)


tengah tulis apa tu?? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tararrrrrrr !!!!
NA..TI..ZA..


sepatutnya Na.Ti.Za.Ra (Ra tu Zira,dia xdtg)






aku dan Liza


 aku dan Lina











ni la Zira yang aku cakap tu. :)
.
.
.
.

Sekian sahaja entry aku kali ini..
Thank you for reading this entry :)


p/s: esok kene balik UiTM dah.. huhuhuhu..

Thursday, 15 November 2012

Happy Birthday !!


Assalamualaikum ^_^

Hari ni cukup istimewa.. Fisrt, hari ni ialah 1 Muharam dan juga hari lahir adik aku yang bongsu Nurul Inani  a.k.a Adik yang ke-13 tahun. Omo omo,dah besar ye ko budak kecikkk.. Dulu aku ingat lagi masa dia baby dulu. Dia montel sangat2.. Putih macam anak orang cina. Dan aku rasa la kan, dia lah yang paling comel diantara kami adik beradik. hhuhuhu.. *terpaksa nyatakan hakikat yg sebenarnye* . 

Adik, xsangka kan adik yang dulu gemuk,montel dan comel dah besar dan menjadi seorang pelajar yang sangat pandai. *memuji xikhlas heeeee * , seorang gadis yang sangat cantik dan comel. Kalau korang nak tahu,adik ni seorang yang hot temper gak la. Tapi dalam hot temper dia tu,budak ni lemah lembut gak orang nye. She's very famous in her school ok. Ramai la jugak budak laki nak tackle dia. Tapi semua xdapat coz adik aku ni jenis yang garang2 manja cikit.. kakhakahka.. *Mampos aku kalau dia baca entry nih*. 

And for ur information, dia ni kan anak kesayangan abah aku. Mentang2 la sekolah dia tu boleh tahan dekat la jugak *MRSM Besut jer kot*, every week call cakap nak balik umah. Abah aku ni pulak jenis melayan jer. Maklumla kan,anak bongsu. Tapi kalau umi aku, hermmm jangan harap. Bila adik call cakap tertinggal benda ker kat umah,sanggup dia p anta kat sekolah even time tu dah  malam. See... Hurmmm,aku xjelez pom.. Aku paham perangai anak bongsu nih *dalam hati siapa tahu * hahahaha.. 


.
.
.
.

 Adik,
jadilah seorang hamba yang taat kepada perintahNya,
~ jadilah seorang anak yang patuh kepada ibubapa,
~ jadilah seorang adik yang disayangi oleh adik beradiknya,
~ jadilah seorang kawan yang boleh menjadi pembimbing kawannya,
~ jadilah seorang pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang,
~ dan jadilah seorang wanita yang tabah mengharungi liku-liku kehidupan duniawi
.
.
.
.
.

Akhir kata dari kak atie, 
:: Selamat hari lahir. 
:: Semoga diberkati oleh Allah S.W.T
:: Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
:: Semoga berjaya di dunia dan di akhirat

Amin...
sayang adik ketat-ketat 

thank you for reading this entry :)

Wednesday, 14 November 2012

Muhasabah Maal Hijrah


Assalamualaikum ^_^

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,

Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.

Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.

Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.

Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

............
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....



thank you for reading..
Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di seluruh dunia :)

ihsan dari artikel iluvislam

Tuesday, 13 November 2012

Happy Deepavali


Assalamualaikum ^_^

Hai u olz..Ape kabo sume? harap sehat2 blake.. hehehe.. adik2 sekalian xpegi mana2 ke cuti sekolah ni? p la ajk family makan hangin * eh2,cilap pulak* ..angin. Time2 ni la korang nak spent time dengan family korang. :) Akak xpegi mana2 pom cuti ni coz umi dan abah keje. sadis sungguh ! :( *aceh2,tibe2 jer akak*  hehehhe..ok la,back to our title today. Disebabkan kite ni Satu Malaysia dan hari ni hari Deepavali,so aku nak wish Happy Deepavali to all who celebrate. May the festival of Lights brighten up your lives with joy,happiness & peace !



credit pic: abg google

thank you for reading :) 
have a nice holiday

Monday, 12 November 2012

Khas untukkmu wahai kaum Adam


Assalamualaikum ^_^


Lelaki yg baek---> Lelaki yg boleh bimbing wanita ke jalanNYA

Lelaki yg comel--> Lelaki yg berpakaian baju Melayu  dan menuju ke masjid

Lelaki yg sweet --> Lelaki yg selalu bercakap dengan nada rendah

Lelaki yg romantik ---> Lelaki yg selalu menghadiahkan sebuah doa setiap hari

Lelaki yg charming---> Lelaki yg mengingatkan tentang ibadat 






Tuesday, 6 November 2012

Cameron Highlands


Assalamualaikum ^_^

Apa khabar u olz? sehat blake harapnye..heheehe.Sekarang ni aku tengah cuti semester. tak lama.1 bulan jer kot. Baru2 ni aku baru jer balik dari trip p ke Cameron Highlands dengan family PEERS. PEERS??? apa tu? maksudnya, 'Pembimbing Rakan Sebaya'. Aku join kelab ni dah dekat setahun dah. Bermula dari jawatan Seketariat hinggalah sekarang,Setiausaha 1..Alhamdulillah! Aku akan cuba menggalas tugas dengan baik. Amin. Ok la,meh cini aku nak citer pasal trip aku. Trip ni selama 3h2m jer. Kita org stay kat apartmen. Sampai kat sana dah malam dah coz bertolak petang.. Sejuk giler kot kat sana. Pijak jer mozek,rasa macam nak tercabut kaki aku nih. huhuhu..By the way,aku have fun sangat mase trip ni. :)) nak tengok gambar tak? Meh tengok.


ni gambar apartmen aku tinggal

Housemate 

gadis ladang teh..hahahah

at cactus farm

kami Family :)


taman bunga



sekian sudah :) 
terima kasih sudi membaca...





Love


Assalamualaikum ^_^

Just want to share with you all.. :)



Monday, 5 November 2012

SPM !!


Assalamualaikum ^_^

Dikesempatan ini aku nak wish good luck kat semua adik-adik yang amik SPM tahun ni. Ermm,korang buatlah yg terbaik ok. Exam ni menentukan masa depan korang,either you can further your study or not. So,berjuang la habis habisan mungkin ortey?? Aku jugak nak wish good luck kat adik aku yg no 3,Rabiatul Adawiyah a.k.a Cek Da. Semoga berjaya di medan peperangan. Buat sehabis baik ok. Make your parent proud of you. I'll always pray for you my dear :))



aku dan Cek Da :)

Monday, 18 June 2012

Happy Birthday Abah


Assalamualaikum ^_^   

Hai u olz..Lame kan aku xupdate blog aku ni..Lately ni aku buzy ckit..Lagipom,aku baru masuk semester baru. Skunk ni aku dah part 3 dh..Yeahhh!! hehehehe..Ok2,back to our topic, hari ni 19.6 merupakan ulang tahun kelahiran abah aku yang tersayang iaitu Abd Shukor A.Hamid yg ke-52 tahun sudah.. Dah tua upenye abah ek?? hahaha..Xde la..ati gurau jer.. Sory abah..


Abah,
~semoga hidup diberkati oleh-Nya
~dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik,sihat walafiat and seangkatan dengannye..
~bahagia selalu bersama isteri tercinta and anak2 yg comel2 blake..(comel ker?? ) comel pe..hehehe

   Ok,aku nak story cikit psal pe'el perangai abah aku ni. Urm,honestly aku cakap i'm proud to be his daughter. For me,he is very amazing person,wonderful person,romantic person and funniest person that i have not meet before. Abah aku ni seorang yang sangat2 tegas. Dia juga seorang yang xsuke lambatkan kerja. Kalau dia dapat satu kerja tu,dia akan try settle kan hari tu jgk. That's one of dia punye perangai yang aku mmg respect.. Even aku anak dia sendiri pun suke bt kerja last minute. Selalu jgk la kne marah kalau bt kerja last minute. Huhuhuh..padan muka aku. Ermm,apa lagi ek?? oh ye,abah ni seorang yang garang and sometimes tu suka buat lawak.. Maklumlakan bekas askar.. Wajib ada sifat garang and tegas dia tu. Tapi, abah aku ni jgk seorang yang sgt2 talkative (mcm anak dia jgk..hehehe.xbnyk,ckit jer)Kalau dia dah bukak mulut,mmg payah nak stop. Haahahaha..tu la abah aku.....And disebabkan mulut dia jgk la,dia ada ramai kawan..pergi mana2 jer,dah dpt kawan baru. Best kan?? huhuhuhu..
   Ok la..setakat ini sahaje entry aku untuk kali ini...katil ku sudah melambai2 ke arahku..huhuhuhu.. laen hari kite jumpa lagi di laen entry ya..Sekian,wassalam...

Wednesday, 6 June 2012

Happy Anniversary

 
Assalamualaikum ^_^
    Hai...happy anniversary?? Sape plak punyer anniversary ni ati?? Hah..actually hari ni sempena 6.6.2012 adalah tarikh yang menjadi saksi dua pertemuan jiwa..( cehh..ayat xboleh bla hahaaha).. hari ni genap lah 21 thun umi and abah kahwin. Korang nak tahu x macam mana umi and abah aku kenal?? meh sini aku story mori kt korang.. Masa ni umi aku duduk kt sarawak.. and abah aku pom duk kt sarawak.. Kalau korang nak tahu,abah aku ni tentera darat.. Kem askar abah aku bersebelahan dengan umah umi aku.. Hah..di situ lah bermulanye perkenalan umi and abah aku.. Umi aku cakap abah ngorat umi kt tepi pagar umah..hahahahaha..masa tu umi aku tgh jemur kain. Sempat lagi tu main2 mata.. hehehe.. Hasil dari perkahwinan mereka,maka lahirlah 4 umat Nabi Adam ke dunia ini..
 
    Semuanya puteri..yang sulung dilahirkan pada 26.4.1992 di kelantan dan diberi nama Amirah bt abd shukor. Yang ke-2 pulak dilahirkan pada 25.6.1993 di kelantan jugak dan diberi nama Jalwati bt abd shukor. Yaang ke-3 Rabiatul Adawiyah bt abd shukor,lahir pada 6.9.1995 di sarawak.. Dan yang bongsu plak lahir pada 15.11.1999 di perak.. Diberi nama Nurul Inani bt abd shukor. Oh ye,kalau korang nak tahu pangkal nama kteorg adik beradik ada maksud dye taw.. My sister Amirah. huruf A sebab dye lahir pada hari ahad..aku lahir hari jumaat.yg ke3 hari rabu n yg last pulak hari isnin.. Unik kan??  :) So,itu lah storynye...
    Last but not least, saya Jalwati Bt Abd Shukor a.k.a Ati ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-21.. semoga hubungan umi dan abah berkekalan hingga ke akhirnnya,semoga berbahagia selalu n dikurniakan kesihatan yang baik.. Amin. Aty sayang umi n abah sangat2.. Thank you for everything that both of you have done for me. Hanya Allah yang dapat membalas segala2 nya..



Cinta hatiku <3


Saturday, 2 June 2012

Hobi

  
Assalamualaikum ^_^

Hai semua...korang ap khbr? hope chat2 sume ok.. Oh ye,as u all know skrang ni kan tgh cuti sekolah. So,ap aktiviti korang sepanjang cuti ni? Jangan buat benda2 yang x berfaedah taw.. Isikan masa cuti anda dengan melakukan something yang boleh give korang kebaikan okay... Ermm back to our topic...'Hobi'. Setiap orang mesti ada hobi masing2 kan...Tipulah kalau korang cakap xde hobi...Tak baek tipu taw..

  Hobi aku?? Ermmm,aku suke sangat2 baca novel n tengok citer korea.. Since aku dah pegang title 'mahasiswi' ni, kegilaan aku terhadap citer korea ni makin menjadi2.. Maybe pengaruh kawan n faktor umur..huhuhuhu.. Aku suke baca novel ni since aku sekolah menengah lagi.. Nak kata gilanya aku baca novel ni,aku boleh habiskan 1 novel dalam masa 1 hari jer.. See!! Hebat x aku?? hahahaa( ek eleh..tu pom nk bangga) biarla :P.. Kadang2 tu,aku tido pukul 3 or 4 pagi nk habiskan bacaan aku ni.. Time tengok citer korea pom cam tu gak.. Umi dan abah ada jugak la marah kt aku ( huhuhu..padan muka aku kan??? )... ok la,meh tengok citer fav aku..Layannnnn pic ni :

boys of flower

secret garden

lie to me

full house

49 days

you beautiful


Citer ni tengok banyak kali pom xjemu..Kalau novel plak,aku paling suke novel yang sweet2 romantik gitu..hahahaha  and yang sedih2...huhuhuhuh..Novel yang membuatkan air mata aku gugur even dah banyak kali baca ialah 'Lafazkan Kalimah Cintamu-siti rosmaizah'. Novel ni mmg buat aku sedih.. Jalan cerita dye tu menarik dan banyak faedah2 yang aku dapat bila baca novel ni.. Aku suka sangat karya Siti Rosmizah ni.. Even she is lawyer,but she very talented in writing u know.. Ni antara novel2 yang aku xjemu baca banyak kali..

          





Ok la u olz...setakat ni jer entry untuk kali ini..tak kisah la apa jenis hobi korang sekalipun,asalkan korang happy n dapat something yang baek untuk diri anda ok...
terima kasih kerana sudi membaca :) good night....